My photo
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).

Monday 20 June 2011

Galeri foto aktiviti bulan Jun

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BIOLOGI SPM

Penceramah : Pn Poon Cheng Moh

Pelajar-pelajar 5A, 5B, 5C

SESI FOTOGRAFI 2011
Pelajar sedang bersedia untuk sesi fotografi
PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI
Latihan pasukan pancaragan untuk pertandingan peringkat negeri. Pasukan pancaragan RZ mendapat tempat ketiga.
 LADAP 
Tajuk : Errata 'Interlock'

 HARI KOPERASI SEKOLAH
Tema bulan koperasi sekolah - '1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1'

No comments:

Post a Comment